Kehidupan dan kerjaya Zila_Bakarin

Zila Bakarin berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 7 Mac 1975 di negeri Kedah Darul Aman. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 melalui telefilem Biduk Kasih terbitan Saujana Productions. Setahun kemudian, beliau membuat penampilan filem pertama menerusi filem Sate arahan Z. Lokman lakonan Nurul Wahab, Liena Hangat, Hairie Othman dan Faizal Hussein. Pada 2001, beliau membintangi filem No Problem yang menandakan filem keduanya bersama Z. Lokman.

Zila juga muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abd Kader bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Soffi Jikan, Lisdawati, Vanida Imran dan Rashidi Ishak.[3]

Baru-baru ini, Zila berlakon bersama Nabila Huda dalam drama Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Ria.